Tenaga Bersih Global Mencecah 40 Peratus!

Walaupun permintaan tenaga global meningkat pada kadar yang belum pernah kita lihat, dunia kini menyaksikan pencapaian bersejarah dalam penjanaan tenaga bersih. Laporan terbaru daripada badan pemikir berpusat di UK, Ember mendedahkan bahawa lebih 40% daripada elektrik dunia pada tahun 2024 dijana oleh sumber rendah karbon — satu lonjakan besar sejak era dominasi hidro pada 1940-an. […]
Lawatan Xi Jinping: Diplomasi China di Tengah Krisis Tarif Amerika

Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada 15 hingga 17 April 2025 bukan sekadar kunjungan kenegaraan bersifat simbolik, tetapi satu langkah diplomasi strategik dalam usaha memperkukuh kedudukan China sebagai kuasa ekonomi dominan di rantau Asia Tenggara. Ketika dunia masih berdepan dengan ketegangan perdagangan akibat dasar tarif proteksionis Amerika Syarikat, Beijing mengambil pendekatan berbeza: […]
Trump Semakin Bernafsu, Ukraine Jadi Mangsa

Dunia kini menyaksikan satu lagi babak dalam persaingan geopolitik yang melibatkan sumber mineral strategik. Amerika Syarikat sedang berunding dengan Ukraine untuk mendapatkan akses kepada sumber mineralnya sebagai balasan terhadap bantuan ketenteraan dan ekonomi yang diberikan. Pada masa yang sama, Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah menawarkan akses kepada sumber mineral termasuk dari wilayah Ukraine yang diduduki […]
Meneliti Potensi Torium dalam Dasar Tenaga Nuklear Malaysia

Torium merupakan elemen radioaktif semula jadi yang semakin mendapat perhatian sebagai bahan api alternatif kepada uranium dalam tenaga nuklear. Malaysia mempunyai simpanan torium yang besar, khususnya torium-232, di mana ia berpotensi digunakan sebagai sumber tenaga masa hadapan. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menerbitkan analisis mengenai potensi jangka panjang torium dalam tenaga nuklear. Menurut IAEA, […]
Kabel Dasar Laut: Era Baru Kerjasama Tenaga Hijau Malaysia-Singapura

Hasrat Sarawak untuk mengeksport tenaga elektrik menerusi kabel dasar laut ke Singapura merupakan antara perkara yang dibincangkan sempena mesyuarat delegasi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hari ini. Para pemimpin bagi kedua-dua negara turut memperhalusi langkah strategik yang akan diambil bagi merealisasikan projek yang bakal menyalurkan tenaga hijau dari Sarawak ke Singapura. Projek ini dijangka mampu menjadikan Sarawak […]
Honda-Nissan Bergabung Mengocak Dominasi EV

Kerancakan industri automotif tempatan China telah memaksa gergasi dari Jepun seperti Honda dan Nissan membuat satu tindakan drastik. Eksekutif tertinggi bagi kedua-dua syarikat itu sedang dalam perbincangan untuk bergabung dan berpotensi untuk menjadi kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari aspek jualan kenderaan, selepas Toyota dan Volkswagen. Prestasi Merudum Bulan lalu, Nissan mengumumkan perancangan untuk […]
Tenaga Hijau: Eksport vs Keperluan Domestik

Malaysia dijangka memulakan jualan tenaga hijau ke pasaran luar negara bermula bulan ini. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir baru-baru ini berkata bahawa terdapat lebihan (surplus) simpanan tenaga hijau di Malaysia dan ia akan mula dieksport ke Singapura sebanyak 50 megawatt (MW). Lebihan ini mencerminkan adaptasi pasaran tempatan kepada […]
Tenaga Nuklear: Selamat atau Bahaya?

Masyarakat dunia secara amnya masih tidak dapat melupakan kemalangan ngeri yang disebabkan oleh kerosakan loji tenaga nuklear. Dianggap sebagai paling teruk dalam sejarah, insiden yang berlaku di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 telah mengakibatkan dua pekerja mati dan 28 orang lagi mengalami kesan radiasi. Bukan sekadar itu, kesan radiasi jangka panjang tersebut telah mendedahkan ribuan […]
Potensi NR-REE di Malaysia: Cabaran dan Strategi

Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai bekalan Unsur Nadir Bumi – Bukan Radioaktif (NR-REE) dengan nilai dianggarkan mencecah RM747.2 bilion sekali gus berpotensi menjadi pemain utama di pasaran global. Tidak hairanlah, NR-REE dikategorikan sebagai antara mineral strategik negara sebelum pasir silika dan bauksit. Bahkan, industri ini dijangka menyumbang hampir RM9.5 bilion (AS$2.03 bilion) kepada Keluaran Dalam […]